Posts Tagged ‘aurat’

AuratKu Seorang Lelaki

Semua umat Islam rasanya sudah maklum berkenaan aurat antara lelaki dan perempuan. Tetapi ramai di antara mereka just tahu tapi amalkan.. Jauh sekali.. mengapa ini terjadi? Kerana Iman mereka yang lemah, dan sifat bangga dengan diri sendiri yang membuatkan mereka rasa perlu aurat mereka dipaparkan. Mungkin mereka rasa diri mereka itu cantik, kacak, badan mereka tegap, slim, that why mereka tak segan untuk menjual tubuh-tubuh mereka dengan kadar yang percuma.
Tetapi pada kali ini saya ingin menekankann aurat lelaki. Kerana, lelaki pada masa kini tidak mempedulikan aurat-aurat mereka, even sesama lelaki. Aurat lelaki ialah di antara pusat hingga ke lutut! betul memang betul, tetapi bagaimana dengan pemain bola sepak? mereka ini dikecualikan ke oleh Syarak? Hukum tetap hukum, jangan kerana tidak selesa, senang-senang saja kita pakai seluar yang pendek. Mengapa kita perlu ikut budaya barat, sedangkan kita merupakan Umat Islam. Mengapa Islam menyuruh umatnya menutup aurat? pasti ada sebab. Antaranya, untuk mengelakkan seseorang itu terjerumus kapada maksiat. Aurat merupakan senjata yang boleh membinasakan manusia. Selain itu, Islam sangat mementingkan kesihatan. Menutup aurat bertujuan melindungi anggota badan yang terdedah daripada penyakit.
Apabila dilihat lelaki sekarang, mereka lebih bebas, dan tidak segan silu membuka aurat mereka. mugkin mereka beranggapan ianya remeh, namun perkara-perkara beginilah yang akan mencacatkan kehidupan seseorang individu.
Seharusnya manusia perlu mencontohi Rasulullah S.A.W. Baginda sangat menjaga aurat.
Adakah penting menjaga aurat sesama lelaki?
Yup! ianya penting, setiap manusia mempunyai nafsu, dan tidak mustahil rasanya jika seseorang lelaki itu menyukai dengan lelaki yang lain. Desakan syaitan akan mengubah segala perkara yang mustahil menjadi tidak mustahil. Seharusnya kita perlu malu di dalam perkara yang berkaitan dengan penjagaan aurat. Even di dalam Islam, kita di tuntut supaya menutup aurat hatta ketika mandi, sesungguhnya para malaikat tidak akan bersama orang yang tidak menutup aurat bilamana seseorang itu tidak menutup aurat ketika mandi.

“Peliharalah Diri Dengan Kecintaan, Pasti Kecintaan Akan diBalas Dengan Penghargaan”