Posts Tagged ‘Sifat Manusia’

Malu2 Pulak

Alangkah bertuahnya jika seseorang itu mempunyai perasaan malu.Ops! Hakikatnya setiap kejadian Tuhan pasti mempunyai perasaan malu. Hatta binatang sekali pun memiliki perasaan ini. Malu merupakan sifat individu yang menghalang diri dari meneruskan sesuatu keadaan. Contohnya, malu hendak bercakap. Malu yang ada di dalam perbuatan bercakap itu menghalang seseorang individu untuk bersuara.
Tetapi pada kali ini saya ingin mengajak anda semua perlukah kita malu2 ni?
Jawapannya pasti perlu. Tetapi kita sesuaikan dengan keadaan sekeliling. Kerana, jika kita malu tidak bertempat, alangkah ruginya kita di dalam kehidupan ini.
Saya hadirkan satu situasi, jika anda semua tersesat di dalam perjalanan tetapi anda malu hendak bertanya, perkara apa yang kan terjadi? Pasti anda akan tersesat selama-lamanya.
Persoalan yang seterusnya! Perlukah kita berasa malu bilamana bersama dengan golongan Hawa? Di sini saya perlu berhati2 untuk mengeluarkan pendapat. Sesetengah dari kita menganggap jika berkawan dengan wanita akan membawa kepada dosa. Salah sebenarnya tanggapan itu, kerana perkara dosa dan pahala merupakan hak Allah S.W.T. kita sebagai manusia tiada hak sedikit pun untuk menentukannya. Sebagai manusia kita perlu saling kenal mengenali tidak kisahla berkawan dengan lelaki atau perempuan. Maka tidak seharusnya timbul perasaan malu jika hendak berkawan. Yang menjadi salahnya adalah niat berkawan kita itu! Try ask yourselvela, kawan kerana nafsu atau ikhlas kerana Allah! Jika kerana nafsu lebih baik abaikan, tetapi jika ikhlas untuk berkawan tidak salah rasanya. Paling penting di sini adalah penjagaan adab pergaulan dan batas-batasnya. Itu yang perlu kita jaga, bukannya perasaan malu itu yang menghalang pergaulan. Diingatkan juga pergaulan ini bukannya bermaksud tiada perasaan malu langsung, ianya perlu ada, tetapi biarlah mengikut keadaan semasa. Seharusnya kita berfikiran terbuka di dalam pergaulan. Paling penting jika pergaulan ini tidak menimbulkan sebarang nafsu, maka tidak salah rasanya jika kita terus berkawan. Please I hope you all tidak menyalahkan atau mencemuh kepada individu yang berkawanberlainan gender.

Kalau yang terlampau tu…. U r Human, Think By ur Selve. Spread It (The Kindness N The Badness)

-Malulah Pada Yang Hakiki, Bukan Pada Diri Sendiri-

Be Shy With Your Own Part

Be Shy With Your Own Part

Advertisements