Posts Tagged ‘Cinta’

Death of Love

Yayayayayy…..i’m love you so much, kalau mati pun nak mati same boleh tak sayang! Hu3..Banyak cantik ko punya ayat..that always somebody said when he/she fall in love very much with someone..Tak Caye? try la bercinta. Soalannya perluke semua ayat2 berbunga2 tu? Geli la..What style biasa tak leh ke? Yang dahsyatnya posing kiri kanan sbb nak tunjuk yang dua orang ni best couple la an..Padahal tak sedor orang kutuk sana sini..Isy2 that way la ramai bohsia n cerita bohsia dipasaran! Nak tau sbb apa, ha paling utama sebb warga malaysia ni, terutamanya remaja melayu ni tak tau malu..asyik2 nak couple..Macam bagus n tak macour la an kalau takde benda camtu..Thats why la filem2 melayu banyak tentang orang2 gedik yang syok gila berlakun bab2 cam ni..So apa lagi orang yang menonton ikut serta la agenda2 gila tu..akhirnya berboyot sini sane..Then sape nak jawab, si mamat celaka ni lari goyang kaki, yang merana si berani mati, yang tak sedor2..Ingat jantan tu suka sangat la kat dia. Plz la..selagi tak maju diri tu, tak de ilmu yang cukup tak payah la nak berangan-angan berpasangan..Tak semestinya kene blajar tinggi2, cukup tau hal-hal kehidupan pun dah cukup baik dah..So apa lagi JOM ke masjid sucikan diri dan lengkapkan diri dengan keiamanan yang teguh..Jangan la asyik2 melafaz “JOM KITA ENJOY” nanti dah terbujur sape la yang susah kalau bukan diri sendiri..Betul tak? Then bye2

“Be Shy, n U will Win Ever”

Aku Pun Punya Perasaan

Dalam kehidupan ini ada bermacam-macam jenis manusia. Ada yang baik, jahat, sombong, kasar dan sebagainya. Mengapa Allah S.W.T menjadikan manusia dalam bentuk pelbagai? Salah satunya adalah supaya kita saling berpesan-pesan antara satu sama lain. Tetapi apakah hikmah kejadian manusia yang mencintai golongan sejenis? Atau lebih dikenali sebagai ‘Homoseksual’! Mengapa mereka perlu ada di dalam kehidupan ini? Pasti ada tujuan dan tauladan disebalik kejadian mereka. Tetapi manusia dinihari hanya tahu mengutuk, mengeji golongan yang sebegini. Sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras kita tidak perlu sering bersangka buruk kepada mereka. Terfikirkah anda semua mengapa mereka menjadi sedemikian? Semua ini akan saya ungkaikan satu persatu.

Mari kita mengenali siapa mereka ini sebenarnya. Homoseksual terbahagi kepada dua kategori iaitu golongan GAY dan LESBIAN. Sebenarnya mereka ini seperti manusia biasa, yang membezakan hanyalah perasaan kasih-sayang mereka kepada golongan yang sejenis. Salah satu hkmah kejadiannya adalah supaya kita saling bantu-membantu antara satu sama lain, selain itu supaya kita insaf bahawa hukum alam Tuhan tidak akan boleh kita lawani.

Sebagai manusia kita perlu sama-sama mencari jalan bagimana hendak membantu mereka, bukannya mencaci atau memarahi mereka. Sebenarnya mereka tidak mahu pun menjadi seperti demikian, tetapi disebabkan tiada dorongan atau pertolongan daripada kita semua inilah antara faktor mereka lebih jauh hanyut ke lembah kemaksiatan. Mereka sebenarnya baik dan ikhlas dalam persahabatan. Namun sesetengah dari kita hanya tahu lari dan menjauhi mereka. Tidak salah rasanya mendekati golongan sebegini. Saya ingin persoalkan kemana perginya pegawai-pegawai yang seharusnya membantu golongan sebegini.. Mengapa mereka mengabaikan golongan sebegini..Sepatutnya mereka perlu memantau dan mengadakan seminar-seminar khas yang berbentuk ilmiah bagi membantu mengembalikan personaliti asal mereka. Namun, pihak-pihak tertentu ini tidak memperdulikan hal-hal sedemikian, mereka hanya mementingkan kes-kes seperti pelacuran, makyah, judi dan sebagainya. Tetapi golongan HOMOSEKSUAL ini diketepikan. Dan ianya hanya menjadi isu setahun sekali, di mana meraka dan kita semua tidak menyedari pertambahan bilangan golongan sebegini.

Marilah semua wahai warga yang di sayangi oleh Allah S.W.T. dunia ini bukan milik kita sahaja tapi semua. Tidak salah jika kita salinng bantu-membantu dan kasih-mengasihi. Dan tidak patut kita saling benci-membenci dan pilih-memilih dalam hal-hal  sebegini. Alangkah indahnya jika setiap manusia itu mendapat apa yang mereka impikan. Ingat! tidak semua manusia mempunyai nasib yang baik. Jika saya diberi peluang untuk menjalankan tanggungjawab ini Insyaallah saya akan lakukan. Tetapi tidak mampu rasanya jika saya seorang dan yang lain hanya mendagu menunding jari. Ayuh kita sama-sama membantu mereka semua. Yang penting semua Umat Islam perlu dan pasti akan bersatu.

Buat Renungan..

õ Lakarilah Hatimu Dengan Pengalaman Diri õ