Posts Tagged ‘Way To Success’

Jangan Ikut Aku!

Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Sememangnya perasaan cemburu itu pasti ada, jika seseorang itu melebihi kemampuan diri kita. Itu tidak dapat dinafikan. Ini berlainan pula kepada individu, bilamana dia melihat kejayaan seseorang pasti dia akan mengikut segala yang berkaitan dengannya. Perkara ini tidak salah sebenarnya, tetapi alangkah indahnya jika seseorang itu menjadi dirinya sendiri. Tidak semua perkara yang ada pada diri orang lain perlu kita contohi. Kecuali diri Rasulullah S.W.A. Mengapa jika kita hendak berjaya, kita perlu mencontohi orang lain! Sepatutnya kita perlu berusaha dan menjadi lebih baik dari individu yang lain. Itu yang sepatutnya. Even kita tiada Idola (Patung Sembahan) atau Role-Model, kita sebenarnya boleh berjaya. Yang sepatutnya kita lakukan adalah menjadikan individu-individu yang berjaya ini sebagai matlamat, yang mana kita perlu sampai ke matlmat tersebut sehingga berjaya.

Ingat Jadilah Seseorang Yang Lebih Berjaya Dari Individu Lain, Bukannya Berjaya Sama Seperti Individu Lain.

-Tetapkan Hati Dengan Ketakwaan-