Posts Tagged ‘Perasaan’

Short Novel : AKu Pun Punya Perasaan 2

Adaptasi Dari Artikel : “Aku Pun Punya Perasaan”

Second Episode : Bicara Janji Hamparan Kasih

Kata Mak : “Ilmu itu ibarat angin, seringkali ia berlalu. Hanya sesiapa yang inginkannya akan merasai kehadirannya”

Basikalnya diletakkan di tepi pagar sekolah, di situlah semua basikal dikumpulkan. Para pelajar dilarang membawanya di dalam kawasan sekolah. Peraturan itu perlu dipatuhi. Begitu juga peraturan alam, sebagai manusia salah jika kita menyalahi takdir ilahi. Bukankah Allah itu bersifat IRADAH yang bermaksud berkehendak, Allah itu berkehendak melakukan apa sahaja kepada diri kita sebagai hambanya. Allah juga berkehendak melakukan apa sahaja ke atas alam ini. Maka wujudnya perasaan redha iaitu terima seadanya. Itulah yang dinamakan peraturan alam. Tidak boleh kita ingkar dan merintih padanya. Di dalam dunia ini berbagai-bagai bentuk manusia dapat dilihat. Begitu juga dengan diri Airul Lembut! Longlai! Sering kali dilabelkan sebagai Bapuk! Lembut! Pondan!. Tetapi adakah mereka yang dianggap normal ini tahu betapa sedihnya hati mereka yang dilabelkan begitu. Mereka tidak diminta menjadi begitu. Itulah dinamakan kehidupan. Bersyukurlah wahai bangsaku! Tuhan itu maha pengampun.

Langkahnya longlai, seperti selalunya bagai model wanita memperagakan pakaian yang ala-ala berjenama. “Woi bapuk! Dah siap ke belum kerja sekolah semalam? Bak sini aku tengok!” Amar si gemuk yang selalu sahaja tidak menyiapkan kerja sekolahnya dan selalu sahaja mengejek orang lain. Dirinya sendiri pun bukannya sempurna. Lemak keliling pinggang. Inilah sifat manusia, buruk orang dia nampak tetapi keburukan diri sendiri sering dianggap Perfect. Oh manusia mengapa engkau sering lupa yang kita ini diciptakan dari setitis air mani. Kita sama sahaja dari bapa yang satu iaitu Nabi Adam a.s. Tetapi mengapa diri kau masih bongkak di bumi Allah ini. Ingatlah bangsaku! Tuhan itu maha adil.

Amar terus memaksa Airul. Ditolaknya Airul hampir-hampir sahaja terjatuh. “Amar, saya dah siapkan dah. Tapi janganla tolak-tolak saya, sakit tau!” Airul berganjak sedikit ke belakang dari tubuh Amar. “Sakit tau!” ejek Amar kembali. “Kalau dah siap keluarkanla cepat! Buat apa terhegeh-hegeh lagi” sergah Amir. Kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Aida itu bukannya susah sangat sebenarnya. Tetapi disebabkan kelembapan manusia yang bernama Amir, yang tidak mahu berusaha itulah yang menjadikan dirinya sentiasa ketinggalan di dalam pelajaran. Manusia sememangnya dijadikan dengan sifat malas, kerana Allah S.W.T mahu hamba-hambanya berusaha di dalam kehidupan. Sesungguhnya Tuhan mengajar hamba-hambanya bersabar dan tidak mudah berputus asa.

Bersambung : Third Episode – Sudah Takdirku

Salam Kepada Semua, Saya ader Blog baru au! Datanglah..

Http://memota.blogspot.com

Advertisements

Short Novel : “Aku Pun Punya Perasaan”

Adaptasi dari Artikel “Aku Pun Punya Perasaan”

First Episode : Hanya HatiKu yg Tahu

Kata Mak : “Penuhilah diri dengan keikhlasan, kerana ia sering membawa kita kepada kebahagiaan”

Bahagianya hati jika kita selalu diberi kejayaan dan kesempurnaan di dalam diri, tetapi tidak seronoklah hidup di dunia ini jika semua kehidupan itu sentiasa kelihatan sempurna. Lihat bulan di dada langit. Nun jauh, cahayanya terang. Kata orang dulu-dulu “Aku hendak menjadi seperti bulan, cantik dipandang orang”. Bila dilihat di dalam buku, bulan itu tidaklah secantik mana, penuh dengan kawah-kawah besar dan bulat. Tetapi mengapa ramai manusia mahu menjadi sepertinya. Itulah sifat manusia hanya mahu dirinya sentiasa kelihatan indah dan megah dijelingan mata manusia. Tetapi hati, hanya Tuhana sahaja yang tahu. “Siap juga perenggan akhir blogku, harap-harap ramailah yang membacanya” kata hati Nur Amirul Qusyairi yang sememangnya tidak penah lekang dari papan kekunci komputernya. Remaja ini baru sahaja menyiapkan artikel yang berjudul “Diri Pendua” yang menceritakan sikap manusia yang tidak pernah ikhlas di dalam kehidupan. Dua tahun sudah dia bersama laman ilmu yang diciptanya sendiri menggunakan pautan percuma “Wordpress”. Kini warga seisi boleh mengembangkan idea melalui penulisan dan gambaran. Tidak rugi rasanya berkongsi pendapat dan cetusan peribadi diri.
“Airul cepat turun, nanti lambat pula ke sekolah” itulah ungkapan harian yang dikarang oleh ibundanya yang tercinta. Walaupun seorang yang berkejaya, namun keperibadiannya penuh dengan sifat keibuan yang sering menjadi contoh dan tauladan kepada dua orang anaknya. “Baik bu” Airul membalas kembali. Longlai sahaja lagaknya, cara jalannya seperti seorang model, dikepit sedikit langkahnya. “Lembut! Lembut”, ungkapan itulah yang sering menjadi sindiran kepada Airul. Setiap kali, saban hari. Sememangnya lagaknya seperti perempuan, walhal fizikalnya seorang lelaki. Namun itu bukan salahnya, kerana ia dinamakan corak kehidupan. “Hari ni ibu masak apa untuk Airul?” gaya manja. Airul merupakan anak bongsu kepada pasangan En. Mokhtar dan Pn. Mastura Dahlia. Kakak Airul yang kini menjadi seorang pegawai perubatan di HUKM merupakan inspirasi kepadanya untuk terus berjaya di dalam kehidupan. “Bukan mudah mencapai awan di langit, jika burung merpati di daratan pun belum pernah di jinakkan”. Itulah ungkapan yang menjadi nadi kepada diri Airul, jika ditafsirkan ayatnya, sesuatu perkara yang indah dan mustahil bagi setiap manusia lakukannya itu memang sukar diperolehi jika perkara yang mudah pun sukar kita tangani. Di sebabkan itulah, walaupun Airul sering sahaja diejek dan diperli oleh rakan-rakan sekolahnya, namun sedikit pun hatinya tidak menyimpang dengki dan dendam. Sememangnya pada permulaan dia berasa dirinya sangat-sangat hina dan hidupnya sering berhadapan dengan perasaan malu. Namun malu itu sememangnya lumrah, insan yang mempunyai sifat malu merupakan manusia yang bertauliah tinggi. Lihat di lorong-lorong gelap sekitar Kota Kuala Lumpur, hanyir baunya, busuk udaranya tetapi kawasan itulah menjadi habitat para pelacur-pelacur Negara. Mereka tidak mengerti apa itu malu, kerana malu itulah yang membuatkan mereka hilang kekayaan dan kemewahan. “Bu, semalamkan Airul dipilih Cikgu Zulaikha sebagai peserta mewakili sekolah ke Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Daerah Jempol. Bolehke kalau Airul masuk?” penuh harapan remaja ini. “La..Apa salahnya, Airulkan hebat! Mesti menang punya anak ibu ni.” Anugerah tuhan sememangnya tidak ternilai harganya, itulah kehebatan yang diberikan tuhan kepada manusia. Walaupun ianya bukan seperti mukjizat yang diberikan kepada para nabi, namun kelebihan itu sememangnya besar anugerahnya kepada insan yang bergelar manusia yang diciptakan sebagai hamba. Airul mempunyai bakat di dalam dunia sastera, dia pandai mengarang pantun, mendeklamasikan puisi, mengarang cerpen, artikel dan ilmu seni tari. Sememangnya dia gemar dalam penglibatan yang berkaitan dengan seni. Seni itu halus, sememangnya ianya sesuai di dalam diri insan yang bernama Nur Amirul Qusyairi. “Bu, Airul pergi dulu.” Kasutnya diikat. “Bekal yang ibu buat dah bawa belum?” Pn. Mastura Dahlia sememangnya tidak suka anak-anaknya makan makanan luar. Sebab itulah dia sering memberi bekal kepada Airul. Anaknya yang sulung itu pun disuruhnya masak sendiri. “Dah bu, ada dalam bag ni. Rehat nanti Airul makan ye.” Airul hanya berbasikal ke sekolahnya yang hanya memakan masa selama lima belas minit.

Bersambung : Second Episode – Bicara Janji Hamparan Kasih

Tak baik Au!

Wek2 orang giler…wek2 pondan..wek2 macam2 r lagi manusia ni. Semua dia nak wek2 an. Eh giler ke aku ni wek2 tu pe ha! Wek2 tu macam ejekan la.. Kan orang kita ni selalu mengejek2 kelemahan orang lain. Tak gitu? Tak sepatutnya kita mengecil2kan atau mempermainkan perasan orang lain, kalau kita rasa diri kita hebat, tak payah la kita kacau personaliti orang lain. Jaga diri kita sendiri sudahlah. Ni tak semua orang dia nak ejek dan kejinya. Kalaulah terjadi kat keluarga dia sendiri, tau pulak tu nak marah2..melenting2! Ish2 manusia camni pun ada no..Tau tak setiap manusia tu ada kelemahan..Maknanya orang yg sentiasa keji orang tu juga ada sifat yg lemah. Cuma orang lain tak tau je. Kalau tau, ha siap la dia pulak jadi mangsa.

So ingatlah, hati orang lain kena la jaga gak, agak2 la ye bukan hati kita je nak dijaga.

“Keep Yr Eyes Deep Yr Heart”

Mentang2 Handosome!

Bertuahkan jika seseorang lelaki itu mepunyai rupa paras yg boleh dikatakan ‘machor n handsome’..tidak perlulah nak malu jika berhadapan dengan orang ramai. Memang tidak dinafikan akan wujudnya perasaan cemburu bg lelaki yg kurang paras rupa. Tetapi ini semua ciptaan tuhan. Ada kelebihan dan kekurangan yg akan dipikul oleh individu berkenaan. Adake kekurangan bg golongan yg handsome ni? Yup..Sebenarnya mereka mempunyai banyak kekurang dan kelemahan. Golongan sebegini selalunya berlagak sombong dan sentiasa berasa dirinya hebat dan terbaik. Oleh itu setiap pelakuannya mengambarkan kebanggaan supaya orang melihat dirinya hebat. Masa tu mulala mereka akan menunjukkan sifat mereka yg sebenar. Selain itu mereka sering menjadi perhatian daripada golongan wanita. Maka wujudnya title “PlayBoy”, yg sering bertukar-tukar pasangan. Mereka ini juga sentiasa boros dengan membelanjakan wang mereka untuk memastikan diri sentiasa berketrampilan dan segak bergaya. Sentiasa menginginkan pakaian yg berjenama walaupun dirinya tak sekaya mana. Lelaki yg handsome juga akan sentiasa menjaga tubuh badan supaya kelihatan tampan dan bermuscle. Mereka sukar untuk melakukan aktiviti yg berkaitan kemasyarakatan kerana terlalu menjaga imej dan rupa paras. Selain itu golongan ini juga akan sentiasa popular di hati masyarakat sekeliling kerana menjadi rebutan gadis2 remaja yg berfikiran kolot, (hanya mementingkan rupa). Mereka juga berhati2 bila bergaul dengan rakan2 dan tidak berpeluang bergerak bebas karana terlalu control machor. Berbeza dengan golongan yg mempunyai rupa paras yg sederhana. Mereka sentiasa berasa rendah diri (itu lebih baik dr bangga diri), bebas bergerak tanpa orang lain menghiraukan dirinya. Sukar orang lain mencari keburukan atau kelemahan dirinya kerana setiap perbuatan yg dilakukan merupakan dirinya yg sebenar. Mereka jujur di dalam pergaulan dan tidak perlu bermuka-muka.
Kesimpulannya, kita perlu bersyukur atas setiap pemberian yg dikurniakan oleh Allah S.W.T. Sememangnya bertuah bg lelaki yg mempunyai rupa paras yg menarik. Tetapi Allah itu maha adil, Dia akan member lebih ujian kepada mereka yg berasa dirinya sempurna. Sememangnya jika boleh setiap manusia mahukan rupa paras yg baik dan menarik. Tetapi ingat jika semua manusia Allah kurniakan dengan kecantikan maka tiadalah manusia yg mempunyai nilai budi yg baik kerana terlalu mengejar dan berlumba-lumba untuk menjadikan dirinya terbaik. Maka diingatkan kepada golongan lelaki yg sempurna rupa parasnya, sentiasalah bersyukur atas kurniaan yg anda perolehi. Gunakanlah ia dengan sebaik2nya dan janganlah anda terlalu bongkak dengan apa yg anda perolehi itu. Ingatlah ianya tidak akan kekal. Kepada golongan sederhana pula, janganlah anda sedih dan terlalu merendah diri di sebabkan rupa paras anda, ingatlah ianya merupakan suatu kelebihan yg Allah kurnikan kepada kita.

‘Biarlah kita dilumpuri, Tetapi jangan kita meninggi diri’

Hati Kita Sama Tak?

Nantikan artikal “Hati Kita Sama Tak?” mei ini….