Posts Tagged ‘Politik’

Yeye..Menang!

Bahang politik kini sudah mengembara hampir ke minda pelajar.. (Terutamanya Pelajar Pengajian Tinggi) Bagi usia yang masih belum cukup matang dalam memikirkan hal-hal berkenaan Negara ini, adalah tidak patut para pelajar mendekatkan diri dengan politik negara. Namun ilmu berkenaanya haruslah dimiliki. Oleh itu para pelajar tidak usahlah berteriak tinggi atas kemenangan sesuatu parti. Sebagai manusia yang belum cukup pengalaman dalam kehidupan duniawi, jarak antara politik dalam kehidupan pelajar perlulah diolah dan diperbetulkan. Jaganlah para pelajar (mahasiswa n mahasiswi ) terlampau taksub dengan perkara-perkara begini. Melainkan para pelajar merupakan rakyat yang mempunyai pas mengundi. Pada masa itu baharulah para pelajar bersorak-sorak tinggi bagi mengeluarkan pendapat berkenaan parti yang diidami. Bagi pelajar yang berumur 21 tahun ke bawah, mereka perlulah duduk diam tanpa mencampuri urusan-urusan politik. Saya ingin menasihatkan bahawa, sebagai pelajar yang pra-matang perlu berada di atas lintasan yang betul, pengalaman dan pemikiran adalah sesuatu yang berbeza. Saya banyak melihat bahawa pelajar terutamanya para penuntut IPT hanya menggunakan pemikiran tanpa pengalaman dalam mengutarakan pemikiran dan pembincangan di dalam politik.

ö Saya ingin menegaskan bahawa pemilikan ilmu berkenaan politik itu perlu, namun penglibatan itu sahaja perlu mengikut situasi diri pelajar.

-Pengalam Diri Itu Perlu, Jika Kamu Seorang Yang Berilmu-