Posts Tagged ‘Short Novel’

Short Novel : “Aku Pun Punya Perasaan”

Adaptasi dari Artikel “Aku Pun Punya Perasaan”

First Episode : Hanya HatiKu yg Tahu

Kata Mak : “Penuhilah diri dengan keikhlasan, kerana ia sering membawa kita kepada kebahagiaan”

Bahagianya hati jika kita selalu diberi kejayaan dan kesempurnaan di dalam diri, tetapi tidak seronoklah hidup di dunia ini jika semua kehidupan itu sentiasa kelihatan sempurna. Lihat bulan di dada langit. Nun jauh, cahayanya terang. Kata orang dulu-dulu “Aku hendak menjadi seperti bulan, cantik dipandang orang”. Bila dilihat di dalam buku, bulan itu tidaklah secantik mana, penuh dengan kawah-kawah besar dan bulat. Tetapi mengapa ramai manusia mahu menjadi sepertinya. Itulah sifat manusia hanya mahu dirinya sentiasa kelihatan indah dan megah dijelingan mata manusia. Tetapi hati, hanya Tuhana sahaja yang tahu. “Siap juga perenggan akhir blogku, harap-harap ramailah yang membacanya” kata hati Nur Amirul Qusyairi yang sememangnya tidak penah lekang dari papan kekunci komputernya. Remaja ini baru sahaja menyiapkan artikel yang berjudul “Diri Pendua” yang menceritakan sikap manusia yang tidak pernah ikhlas di dalam kehidupan. Dua tahun sudah dia bersama laman ilmu yang diciptanya sendiri menggunakan pautan percuma “Wordpress”. Kini warga seisi boleh mengembangkan idea melalui penulisan dan gambaran. Tidak rugi rasanya berkongsi pendapat dan cetusan peribadi diri.
“Airul cepat turun, nanti lambat pula ke sekolah” itulah ungkapan harian yang dikarang oleh ibundanya yang tercinta. Walaupun seorang yang berkejaya, namun keperibadiannya penuh dengan sifat keibuan yang sering menjadi contoh dan tauladan kepada dua orang anaknya. “Baik bu” Airul membalas kembali. Longlai sahaja lagaknya, cara jalannya seperti seorang model, dikepit sedikit langkahnya. “Lembut! Lembut”, ungkapan itulah yang sering menjadi sindiran kepada Airul. Setiap kali, saban hari. Sememangnya lagaknya seperti perempuan, walhal fizikalnya seorang lelaki. Namun itu bukan salahnya, kerana ia dinamakan corak kehidupan. “Hari ni ibu masak apa untuk Airul?” gaya manja. Airul merupakan anak bongsu kepada pasangan En. Mokhtar dan Pn. Mastura Dahlia. Kakak Airul yang kini menjadi seorang pegawai perubatan di HUKM merupakan inspirasi kepadanya untuk terus berjaya di dalam kehidupan. “Bukan mudah mencapai awan di langit, jika burung merpati di daratan pun belum pernah di jinakkan”. Itulah ungkapan yang menjadi nadi kepada diri Airul, jika ditafsirkan ayatnya, sesuatu perkara yang indah dan mustahil bagi setiap manusia lakukannya itu memang sukar diperolehi jika perkara yang mudah pun sukar kita tangani. Di sebabkan itulah, walaupun Airul sering sahaja diejek dan diperli oleh rakan-rakan sekolahnya, namun sedikit pun hatinya tidak menyimpang dengki dan dendam. Sememangnya pada permulaan dia berasa dirinya sangat-sangat hina dan hidupnya sering berhadapan dengan perasaan malu. Namun malu itu sememangnya lumrah, insan yang mempunyai sifat malu merupakan manusia yang bertauliah tinggi. Lihat di lorong-lorong gelap sekitar Kota Kuala Lumpur, hanyir baunya, busuk udaranya tetapi kawasan itulah menjadi habitat para pelacur-pelacur Negara. Mereka tidak mengerti apa itu malu, kerana malu itulah yang membuatkan mereka hilang kekayaan dan kemewahan. “Bu, semalamkan Airul dipilih Cikgu Zulaikha sebagai peserta mewakili sekolah ke Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Daerah Jempol. Bolehke kalau Airul masuk?” penuh harapan remaja ini. “La..Apa salahnya, Airulkan hebat! Mesti menang punya anak ibu ni.” Anugerah tuhan sememangnya tidak ternilai harganya, itulah kehebatan yang diberikan tuhan kepada manusia. Walaupun ianya bukan seperti mukjizat yang diberikan kepada para nabi, namun kelebihan itu sememangnya besar anugerahnya kepada insan yang bergelar manusia yang diciptakan sebagai hamba. Airul mempunyai bakat di dalam dunia sastera, dia pandai mengarang pantun, mendeklamasikan puisi, mengarang cerpen, artikel dan ilmu seni tari. Sememangnya dia gemar dalam penglibatan yang berkaitan dengan seni. Seni itu halus, sememangnya ianya sesuai di dalam diri insan yang bernama Nur Amirul Qusyairi. “Bu, Airul pergi dulu.” Kasutnya diikat. “Bekal yang ibu buat dah bawa belum?” Pn. Mastura Dahlia sememangnya tidak suka anak-anaknya makan makanan luar. Sebab itulah dia sering memberi bekal kepada Airul. Anaknya yang sulung itu pun disuruhnya masak sendiri. “Dah bu, ada dalam bag ni. Rehat nanti Airul makan ye.” Airul hanya berbasikal ke sekolahnya yang hanya memakan masa selama lima belas minit.

Bersambung : Second Episode – Bicara Janji Hamparan Kasih

Advertisements