Posts Tagged ‘Lelaki Lembut’

Short Novel : AKu Pun Punya Perasaan 2

Adaptasi Dari Artikel : “Aku Pun Punya Perasaan”

Second Episode : Bicara Janji Hamparan Kasih

Kata Mak : “Ilmu itu ibarat angin, seringkali ia berlalu. Hanya sesiapa yang inginkannya akan merasai kehadirannya”

Basikalnya diletakkan di tepi pagar sekolah, di situlah semua basikal dikumpulkan. Para pelajar dilarang membawanya di dalam kawasan sekolah. Peraturan itu perlu dipatuhi. Begitu juga peraturan alam, sebagai manusia salah jika kita menyalahi takdir ilahi. Bukankah Allah itu bersifat IRADAH yang bermaksud berkehendak, Allah itu berkehendak melakukan apa sahaja kepada diri kita sebagai hambanya. Allah juga berkehendak melakukan apa sahaja ke atas alam ini. Maka wujudnya perasaan redha iaitu terima seadanya. Itulah yang dinamakan peraturan alam. Tidak boleh kita ingkar dan merintih padanya. Di dalam dunia ini berbagai-bagai bentuk manusia dapat dilihat. Begitu juga dengan diri Airul Lembut! Longlai! Sering kali dilabelkan sebagai Bapuk! Lembut! Pondan!. Tetapi adakah mereka yang dianggap normal ini tahu betapa sedihnya hati mereka yang dilabelkan begitu. Mereka tidak diminta menjadi begitu. Itulah dinamakan kehidupan. Bersyukurlah wahai bangsaku! Tuhan itu maha pengampun.

Langkahnya longlai, seperti selalunya bagai model wanita memperagakan pakaian yang ala-ala berjenama. “Woi bapuk! Dah siap ke belum kerja sekolah semalam? Bak sini aku tengok!” Amar si gemuk yang selalu sahaja tidak menyiapkan kerja sekolahnya dan selalu sahaja mengejek orang lain. Dirinya sendiri pun bukannya sempurna. Lemak keliling pinggang. Inilah sifat manusia, buruk orang dia nampak tetapi keburukan diri sendiri sering dianggap Perfect. Oh manusia mengapa engkau sering lupa yang kita ini diciptakan dari setitis air mani. Kita sama sahaja dari bapa yang satu iaitu Nabi Adam a.s. Tetapi mengapa diri kau masih bongkak di bumi Allah ini. Ingatlah bangsaku! Tuhan itu maha adil.

Amar terus memaksa Airul. Ditolaknya Airul hampir-hampir sahaja terjatuh. “Amar, saya dah siapkan dah. Tapi janganla tolak-tolak saya, sakit tau!” Airul berganjak sedikit ke belakang dari tubuh Amar. “Sakit tau!” ejek Amar kembali. “Kalau dah siap keluarkanla cepat! Buat apa terhegeh-hegeh lagi” sergah Amir. Kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Aida itu bukannya susah sangat sebenarnya. Tetapi disebabkan kelembapan manusia yang bernama Amir, yang tidak mahu berusaha itulah yang menjadikan dirinya sentiasa ketinggalan di dalam pelajaran. Manusia sememangnya dijadikan dengan sifat malas, kerana Allah S.W.T mahu hamba-hambanya berusaha di dalam kehidupan. Sesungguhnya Tuhan mengajar hamba-hambanya bersabar dan tidak mudah berputus asa.

Bersambung : Third Episode – Sudah Takdirku

Salam Kepada Semua, Saya ader Blog baru au! Datanglah..

Http://memota.blogspot.com