Posts Tagged ‘udm’

اسلام عليكم

Hai! Welcome to My Personal Life Blog

This Blog Is All About My Journey, Begin By My First Smallest Step Until The End My Life. And It Relating With All Situation Did I Enter On. Please Enjoy It.. Thank You

Aku Join Kelab! Betulke?

20 Februari 2009 – Ana telah menyertai KBIP (Kelab Bahasa Intelektual Pelajar) hampir dua minggu. Itu pun setelah dipelawa oleh seorang kakak senior (Kak Imah), segan juga ana mula2 menyertai kelab ini, sebabnya ana memang seorang yang pemalu. Tetapi ramai yang tidak tahu. Sememangnya ana memang nampak sosial, memang jauh sekali student di sini nak mengangap ana seorang yang pemalu. sehingga ramai orang mengatakan ana seorang yang tidak tahu malu. Jika mereka tahu sejarah hidup ana sudah pasti mereka semua tidak akan mengatakan begitu. Sekarang, ana memang sosial di dalam pergaulan, tetapi ana masih menjaga batas-batas pergaulan di dalam Islam, cuma segelintir manusia beranggapan bahawa perlakuan ana ini membawa kepada dosa. Mungkin mereka lupa, semua Dosa dan Pahala adalah ditentukan oleh Allah S.W.T. Bagi ana, perkala yang patut dimalukan adalah perlakuan berpasangan. Itu yang perlu mereka semua perkatakan, bukannya melebelkan jika seseorang itu berkawan bebas mereka itu adalah perlaku maksiat yang besar. Di sini bukannya ana ingin mengatakan bahawa berkawan antara lelaki dan perempuan itu satu dosa, tetapi selagi ianya tidak melampaui batas, dan masih dapat mengawal nafsu yang ada pada diri manusia, maka tidak salah rasanya jika ana bersosial di dalam pergaulan. Kerana tingkah laku seseorang itu tidak mungkin dapat dibaca niat perbuatannya oleh seseorang, kecuali Allah dan dirinya sendiri.
Kembali semula kepada (KBIP), kelab ini telah membawa ana kepada satu peluang yang tidak akan ana lepaskan, kerana setiap aktivit yang berfaedah itu pasti akan dibayar dengan kebaikan serta ganjaran dari Allah S.W.T. Pada bulan Februari yang lalu, KBIP telah mengadakan satu bengkel iaitu (Bengkel Sasiah Pelajar). Bengkel ini cukup menarik dan perlu disertai oleh semua pelajar. Kerana ianya memberi pelbagai ilmu yang mana tidak mungkin dimiliki ketika berada di dalam bilik kulia. Bengkel ini telah menarik minat pelajar seramai 80 orang. Mungkin ada yang menganggap ianya merupakan jumlah yang kecil, namum sebenarnya ia satu jemaah pelajar yang mantap dan berpotensi tinggi di dalam diri mereka sendiri. Bengkel ini telah berlangsung pada hari Jumaat (20 Februari 2009) bertempat di Universiti Darul Iman Malaysia. Bengkel ini juga merupakan bengkel pertama yang membawa ana kepada alam Kelab. Banyak perkara yang ana pelajari dari penglibatan ana dalam membantu menyempurnakan bengkel ini bersama rakan-rakan yang lain. Mereka banyak membantu ana dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Di mana pada masa itu ana dan seorang kakak seniour (Kak Fiza) telah di tugaskan untuk menyiapkan satu tayangan berbetuk keinsafan kepada para perserta. Walaupun kami berdua dapat menyiapkan sepenuhnya 5 minit terakhir, kami berasa puas dengan apa yang dihasilkan. Di sini ana menyediakan beberapa yang berkenaan semasa berlangsungnya “Bengkel Sasiah Pelajar” anjuran Kelab Bahasa Dan Intelektual Pelajar Universiti Darul Iman Malaysia.

Ni La Urusetia-Urusetia Bengkel Sahsiah Mahasiswa

Ni La Urusetia-Urusetia Bengkel Sahsiah Mahasiswa